Selasa, 28 Mei 2013

NASIHAT UNTUK WAKIL RAKYAT

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
 -----------------------------------

Tahniah syabas dan kepada kesemua Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (AP) dan tidak kira mana-mana parti asalkan mereka ini disahkan sebagai Ahli Yang Berhormat yang dipilihkan dan diamanahkan oleh rakyat negara Malaysia yang tercinta ini. Jika bukan kerana ketokohan dan jasa mereka, mana mungkin rakyat memilih mereka untuk wakilkan bagi pihak mereka berjuang untuk kepentingan rakyat dan berani pula bersuara apabila berada di Dewan Undangan Negeri atau pun di Dewan Rakyat.

Masing-masing telah menerima watikah dan rakyat Malaysia sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu sejauh mana mereka yang diamanahkan sebagai wakil kepada rakyat ini akan berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Kita mahu lihat mereka yang dipilih ini banyakkan berkerja daripada banyaknya bercakap dan kita tidak mahu mereka ini hilang entah ke mana hingga jarang hadiri sidang Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri, malah jarang pula berada di pejabat untuk urusan bersabit dengan masalah rakyat kerana perkara ini sering menjadi rungutan kepada pengundi yang mengharapkan kepimpinan mereka ini dimasa-masa lalu.

Perlu ingat anda dipilih oleh rakyat untuk diamanahkan dan buangkan sikap aku ini 'Tuan' tetapi sematkan di minda bahawa rakyat itulah tuan yang sebenarnya dan apabila ada perubahan sebegitu barulah adanya kesefahaman dan hubungan antara wakil rakyat dengan rakyat. Buang sifat ego, bersederhanalah, jangan berlagak dengan kereta mewah masuk ke kampung dan apabila melawat pula hanya beberapa minit sahaja kemudian berlalu dari situ.

Para Yang Berhormat juga akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat kerana rakyat pada zaman ini terdiri daripada bijak pandai dan berilmu. Bercakap biarlah jujur dan ikhlas serta apa juga penyelewangan dan salah laku walaupun sedikit bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat biasa tetapi oleh parti lawan. Oleh yang demikian berhati-hatilah kerana menjadi wakil rakyat ini bukannya mudah kerana banyak dugaan dan rintangan perlu ditempuhi dan kadangkala kena fitnah pula.

Apabila anda diamanahkan bererti anda menjalankan kewajipan yang dituntut oleh agama dan oleh yang demikian turunlah kepadang selalu melihat sendiri apa juga permasalahan rakyat serta bermesralah dengan mereka dan buatlah apa yang termampu demi untuk kebaikan dan kebajikan penduduk. Kalau di England atau di Australia, Jepun, Korea serta di negara maju yang lain, pemimpin dan menteri tidak segan silu pergi tempat kerja mereka sekali sekala menaiki kenderaan awam saperti LRT ataupun bas dan berjalan kaki ditempat-tempat awam bertujuan melihat sendiri situasi di sekeliling mereka dan merasakannya sendiri apabila anda meletakkan diri anda sebagai orang biasa. Dari situlah anda memahami naluri dan menjiwai jiwa rakyat itu nanti.

TIADA PENYATUAN DENGAN UMNO SELAGI SAYA MASIH HIDUP

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.


Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Sabtu, 25 Mei 2013

HARI INI Himpunan Suara Rakyat 505'



Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG

6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.

6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.

6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.

5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.

"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.

“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:

menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.

"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.

Individu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.

4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.

Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.

4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.

Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.

Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.

Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.

3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.

Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.

Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.

Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.

Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.

Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah.














Jumat, 24 Mei 2013

Wakil Pakatan akan gunakan kekuatan parlimen untuk sekat persempadanan semula tidak adil


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

 Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu. “Akan tetapi jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. “Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan kami ke kerusi lain.”

Akan tetapi pengarah strategi PKR itu mengatakan kali ini persempadanan semula akan melibatkan penambahan dalam bilangan kerusi.Beliau berkata sejajar dengan desakan kempen “satu undi, satu nilai” DAP, ahli parlimen PR akan berjuang habis-habisan untuk menggunakan kuasa Parlimen bagi memastikan pengundi lebih adil tersebar tidak seperti keadaan sekarang. Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. “Putrajaya mempunyai 15,791 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 144,159 pengundi. Ini tidak masuk akal.“Dan kita mempunyai kerusi DUN Sri Serdang dengan 72,769 pengundi jauh lebih tinggi dari kerusi Parlimen Putrajaya,” beliau dipetik sebagai berkata. Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa.

Dalam Wall Street Journal semalam, wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. “Terima kasih kepada amalan berat sebelah anti-bandar melampau dan pemansuhan peraturan yang mengawal saiz relatif kawasan pilihan raya, kawasan pilihan raya terbesar mempunyai sembilan kali lebih ramai pengundi daripada paling kecil,” tulis Bowring.

“Atas dasar itu, dan mengambil kira bilangan kerusi dilawan sengit, pembangkang mungkin akan perlu menang sekurang-kurangnya 58 peratus undi popular untuk mendapatkan majoriti kerusi.” Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.


SPR mengatakan baru-baru ini aktiviti itu akan bermula hujung tahun ini selepas proses enam bulan mendengar petisyen pilihan raya selesai. Petisyen mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan.Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap lapan tahun. Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula adalah pada 2003. “Tumpuan akan lebih kepada satu orang, satu undi, satu nilai selain dari mengetengahkan reformasi lain,” kata Pua. “Apa yang kami mahu adalah padang lebih sama rata dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dalam erti kata lain, kita tidak sepatutnya melihat gabungan yang menang undi popular akan tetapi kalah dalam kiraan kerusi Parlimen.“Oleh kerana BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, aktiviti tersebut mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” tambah beliau. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke bersetuju dengan rakan partinya, mengatakan adalah penting bagi PR menggunakan sepenuhnya pengaruh di Parlimen dan melawan jika tidak bersetuju dengan cadangan persempadanan semula SPR. “Kita mempunyai lebih daripada satu pertiga ahli Parlimen dalam Dewan. Kita cukup kuat untuk memastikan persempadanan dilakukan dengan betul dan profesional,” katanya.“Penentu undi tidak boleh menjadi tidak masuk akal seperti hari ini.”

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad mengatakan perlu ada pengagihan pengundi yang “masuk akal” di kawasan pilihan raya bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama di semua kawasan pilihan raya.“Dalam sesetengah kes, terdapat kawasan Parlimen yang kurang daripada 10,000 pengundi… di tempat lain, anda mempunyai kerusi dengan lebih 100,000 pengundi.“Kita akan cuba mengetengahkan perwakilan lebih adil secara menyeluruh,” katanya. BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 dalam pilihan raya 5 Mei akan tetapi buat pertama kali semenjak 1969, gabungan pemerintah itu hilang undi popular, hanya mendapat 48 peratus undi berbanding PR yang mendapat 51 peratus.

Pemimpin PR secara serta merta mendakwa terdapat penipuan apabila pemimpin de facto mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangkang persekutuan telah menang pilihan raya.

Kamis, 23 Mei 2013

UMNO duo against anti-fraud protesters lectured on electoral system


Home minister Ahmad Zahid Hamidi and Selangor Barisan Nasional deputy chairman Noh Omar, both of whom had told those unhappy with Malaysia's electoral system to leave, were today lectured on the “first-past-the-post” voting system.

Newly elected DAP member of parliament Ong Kian Ming said that while Zahid was right to say that Malaysia inherited the 'single member constituency first-past-the-post' electoral system from Britain, there were several recommendations that Ong said had been forgotten in time.

One of these was the Reid Commission's recommendation to limit to 15 percent maximum deviation limit from national average in terms of the number of voters per constituency.

“The maximum rural weightage allowed was 2 to 1 – which effectively means that the largest constituency can only have twice as many voters as the smallest constituency,” said Ong, citing how the system was violated.

He gave the example of Kapar in Selangor, with 144,369 voters, which is nine times the number of voters in Putrajaya, the smallest constituency, having 15,798 voters during the last general election.

Ong said several countries had made such a rule, including Britain which passed a law in 2011 to set the deviation limit to five percent, Australia with a limit of 10 percent and Canada at 25 percent.

In Australia, Ong said any redelineation exercise must adhere to a maximum of 3.5 percent deviation rule.

“If Australia, given its large geographic area, can follow the one-man-one-vote principle, there is no reason why Malaysia cannot follow suit,” he added. 

Zahid and Noh were recently criticised over their statements urging those who do not agree with the country’s election system to migrate or move to the jungle.

In the May 5 polls, BN won rural seats and gained some twenty seats more to form the Federal government, despite losing  popular votes to Pakatan Rakyat.

KDN MULAKAN RAMPASAN HARAKAH HARI INI


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual."Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".


Rabu, 22 Mei 2013

ADAM ADLI DI JANGKA DI DAKWA ESOK

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dijangka didakwa esok bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menurut peguamnya, N Surendran, perkara itu disahkan oleh pegawai penyiasat hari ini.

Adam, 24, kini disiasat kerana ucapannya pada satu forum pada 13 Mei lalu.

Beliau menggesa orang ramai ke jalan raya bagi memprotes penipuan dalam pilihan raya umum lalu.


Report

malaysiakini.com