Ramai guru di Malaysia meluahkan rasa kebimbangan dan
rungutan mereka apabila terdapat beberapa isu lama yang masih belum
diselesaikan secara sistematik dan efektif oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Terkini, terdapat dua rungutan yang disuarakan oleh mereka iaitu mengenai pelantikan guru ke jawatan tetap dan penempatan guru.
“Kedua-dua
isu ini memerlukan penjelasan telus dan tuntas daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia,” ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr
Khairuddin Aman Razali (gambar).
Katanya, guru-guru di sekolah
mempersoalkan mengenai proses penyerapan atau pelantikan guru ke jawatan
tetap yang masih dalam keadaan perlahan.
Malah,
ujarnya terdapat juga maklumat yang mendakwa berlaku proses pelantikan
secara selektif dan mengutamakan skim-skim perkhidmatan tertentu
sehingga mengabaikan guru-guru kontrak yang telah lama menjalankan
khidmat. Selain isu tersebut, kata beliau guru-guru yang memohon
pertukaran penempatan sekolah bagi sesi Jun 2013 masih lagi belum
mendapat apa-apa keputusan daripada pihak kementerian sama ada
pertukaran dibekukan atau dilewatkan.
Ini, menurut beliau akan menyukarkan urusan antara guru dan pihak sekolah.
“Jawapan
dan penentuan pertukaran sekolah ini juga mencetuskan tanda tanya
dikalangan para guru kerana pihak kementerian tidak memaklumkan secara
telus dan terbuka justifikasi penempatan tersebut,” ujarnya yang juga
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Maka, katanya ramai di kalangan
mereka yang telah lama memohon masih tidak mendapat kebenaran untuk
bertukar walaupun terdapat keperluan mendesak di antara para guru dan
pihak sekolah.
“Maka, saya memohon pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia dapat menyelesaikan dan menjelaskan secara telus
perkara-perkara yang berbangkit di kalangan para guru meskipun isu ini
adalah isu yang lama dan masih belum dapat diselesaikan secara efektif,”
ujarnya.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar