Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus
pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan
Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat. Pengerusi
Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata,
sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu,
sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam
menanggung sendiri bebannya. Menurut beliau, kenaikan harga
tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada
syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan
dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.
Katanya, selain
mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan
kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya. “Dalam
masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah
pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan
perbelanjaan.
“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di
negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol.
Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang.
Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun
sekali,” katanya.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar