Selasa, 21 Mei 2013
KENYATAAN TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT TENTANG UMNO PALAING POPULER VERSUS SINAR HARIAAN
Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini yang melaporkan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa UMNO paling popular termasuklah di Kelantan.
Pada saya, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Kebenaran tidak semestinya popular, bahkan Rasulullah SAW di Mekah tidak popular tetapi setibanya di Madinah, baginda terus menjadi popular.
Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi UMNO dan Barisan Nasional, siang malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja UMNO popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat UMNO.
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pulau Melaka, Kota Bharu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar